my birthday daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Sunday, May 5, 2013

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul pt 2

assalamualaikum. ;)
jadi tgh malam ni nak sambung part 2 utk tajuk ni. lama jgak bru boleh smbung. busy kot dgn final exam.

so cerita stop kat bakal husband klua 40 hari. oke so masa tu sbelum nikah, husband pun sangat jaranggg contact. mmg takleh cntct sangat pun. ttba satu hari ni, dia hntar msg. cakap, inshaAllah lepas tangguh Allah bagi hadiah. hadiah dapat isteri. hehehe.

after tangguh, cun last day ijtimak last year kat miri, dia terus pergi jumpa family. then dia ckp2 la ngn family pasal nikah. n family pun mcm setuju. then mak suruh istikharah. hehe. jadi saya pun buat istikharah 3 kali, then rasa mcm cenderung pulak. hehe. haha. bru perasan bnyk nye 'then'. :D

pastu, saya bgitau la ngn mak, then diaorg trus bincang2. abah masa ni takde. kat offshore. tak balek2 lagi tapi ade contact saya through email. and abah saaaaaaaaaaaaaaaaangat setuju. -.-'
slalu nya kan golongan ayah2 ni lh yg tak bagi anak pmpn dieorg kawen awal. selaluuu nya lah. tapi abah saaaaangat lain, hoho. well, alhamdulillah syukur.

so kita proceed dgn nak akad nikah. abah mmg tak boleh balek sbb terikat dengan prject offshore d luar negara. mmg lama gila. n sangat tak boleh balek until the project is done. so kesian. n abah mmg suruh kita proceed. jadi giler kerja yg mak kena urus kan. kna klua masok mahkamah syariah sbb nak mohon wali hakim sbb wali brada dluar kawasan. tapi sedih jgak bukan abah yg nikah kan kita. T.T sangat sedih okayyyyyyy!! masa sblm nak nikah tu mmg kita nangis gilaaaa. mcm suruh abah balik n abah tak boleh balek2. :(

after settle suma2, mak suruh g majlis islam pergi interview, sbb takleh nak kursus. penuh. so sangat happy. ahhahaha. takyah buang masa duduk mcm patong dlm kursus 2 hari tu. alhamdulillah. hehe. then bakal husband saya pergi booking tarikh 22 jun 2012 utk nikah.
oke saya dah blur. haha. oke lah enough for now. no picture for this entry. kbai

kita org nikah kat majlis islam je, simple. ;)
majlis kawen pun sangat simple.
Kos pun rm 5k je. so alhamdulillah. moga allah redha. nanti saya crita plak pasal majlis oke. hehahihu. :D
salam. :)

Monday, April 15, 2013

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul pt 1

Assalamualaikum. Its me again. ;)

The tittle sounds interesting.. Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul. Hehe. This is just a sharing. So bukan nak menunjuk or else.

Kisah bermula pda hujung bulan march 2012. Adoi. Susah nya bercerita dlm bahasa baku. Kalau terselit bahasa sarawak, maaf pada yg tak faham. Sila buat2 faham. :D

Oke, HUJUNG MARCH 2012 aritu, saya ade la pergi nusrah2 jemaah masturat yg keluar dekat miri. sbb practikal jgak kan, jadi duduk kat miri. then saya ada rapat yg sorg makcik ni. Tp dh lama dh mmg rapat. Makjah(makcik ct khadijah) kawan kepada mak n isteri kepada salah sorg syura Miri n dia org kelantan)

Satu hari tu tjadi conversation yg menyebabkan jantung berdegup 140 bpm. Haha.

MJ: umi bila nak kawen? Boleh kelua masturat.

Rasa mcm rimas jugak, suka jgak. Haha. Plek nya perasaan. Tapi sapa yg tak nak kawen? Sumaaa pun org nak. Yg taknak tu tak tau lah pulak. Hehe.

Saya: taktau lagi bila ni makjah. Tggu ada jodoh.

Makjah dgn selamba nya bkata,

MJ: Makjah ade calon utk kau ni. Ade 3 org, kau pileh la.

Yarabbi terkejut beruk dgr makjah ckp mcm tu. hehe. *terkejut ke suka nak memulakan proses pemilihan??? Haha*

Saya: sapa makjah? Handsome tak? Kaya tak?(doa soalan ni saje nak bgurau ngn makjah) Karkun??

MJ: ha'ah lah karkun. Yg lain kau tgk lah sendiri.

Saya: aaa ye ke makjah? Nanti saya pergi tya2 pendapat mak abah n makcik2 masturat dulu.

MJ: mak kau tau dh.

Saya: makjah bagitau?

MJ: ye lah, sapa lagi. (Dia gelak)

Saya: nanti ckp ngn mak mcm mana.

Conversation kita org stop kat sini. Masa ni tgh nusrah jemaah KL kalau tak silap. Lupa2 ingat lah. Dalam hari yg sama, ada plak kakak masturat nak introduce saya dgn adik kpd husband dia. -.-" tetiba jadi stress. Saya jawab kat kakak tu, 'inshaAllah kak kalau ade jodoh tak kemana'. Nmpak sangat kot bunyi malas nak layan lagi. Akak tu pun trus stop cerita pasal tu. fenin kefale.

Then the next day jemaah tangguh. Duduk lah sekali dalam bayan wapsi. *suka lah program2 mcm ni!*

The next day tu lagi, saya trun practical mcm biasa kat airport Miri. Pagi tu terima satu msg. Dri salah sorg yg nak d introducekan makjah kat saya. Tapi takda jodoh, kita org tak ada apa2.

9/04/2012 saya terima satu lagi msg dengan bunyi yg sama dan dr num dan org yg berbeza. Dia memperkenalkan diri sebagai Mohd Sapri Amir, org kuching, bekerja d Miri dan mula terlibat dgn usaha di Miri. Hmm ye Saya balas.

Dan pada bulan yg sama dia msg saya ajak nikah! Ya Allah. Happy nyaaaa. Then start aritu saya slalu bertanya dgn makcik2 masturat yg husband dia rapat dgn lelaki tu. mak pun rajin tanya jgak. Abah masa ni maseh offshore kat oversea. Kat Abu Dhabi kalau tak silap. Abah pun tau. Saya contact ngn abah through email je. Sbb takleh nak kol or msg. Sbb dia jaoh kan. N abah pun tau jgak pasal ni.

So far semua info yg saya tau pasal dia suma nya baik2 alhamdulillah. N org2 yg bagitau pun boleh dpercayai. Masa ni rasa mcm untung semacam. Haha. Pastu mak suruh saya buat istikharah setiap malam.

Awl bulan mei, ttba dia msg ckp dia nak pergi tgk muka saya y sangat tak cantek ni. Family pun oke. Aaaa malu nya! 20 minit dia tggu saya nak bukak, tak sampai 30 saat saya bagi dia tgk! Haha. Lucu masa ni. Mak mcm nak marah dah asyik suruh bukak purdah. Siap ckp depan dia lagi 'degil na juak'. Haha. Malu sangat! Rasa mcm nak korek lubang pastu masuk muka dalam lubang tu buat selama lama nya!!

Malu bertambah2 bila dia cakap, 'alhamdulillah, inshaAllah'(smbil angguk kepala tanda suka). Aaa malu nyaa.

Lepas istikharah, doa, hati ni rasa suka pulak dgn dia. Jadi saya bagitau lah yg saya setuju. N 19/05/2012 kita bertunang. Sangat simple oke. Ada family saya, which is mak, adik2 n abg. N wakil dia, makjah n pakcik majid. Abah takde. Abah takleh balik lagi, jadi abah suruh truskan.

Ya Allah. Aku dh jadi tunang org.^.^ rasa nak melompat2.

Start aritu, makjah n mak pun bincang dgn dia pasal nikah. Tarikh belum ada, tapi family nak as soon as possible. Tapi dh bincang semua. Tak lama pastu dia klua 40 hari.......to be continued.. Haha. Nak makan dulu.. Assalamualaikum!

*saya tak tere nak cerita, jadi ayat pun tunggang tebalek, tak paham sila buat2 paham ya. ;).. <3



Saya membebel

Assalamualaikum wrh wbt. Apa khabar jasad dan iman kalian? Moga kedua-dua nya mantap ^.^

Laaaaaaama rasa nya tak post entry dah. Hihi. Tiba2 plak rasa baru kat sini. Uhuk uhuk! Sekarang pun dah start study week utk last semester, bru tringat dgn blog yg setelah sekian lama dtinggalkan. :D

Tak sabar rasa nya nak abis blaja. Rasa penat nak bhadapan ngn final exam. Nanti next entry, macam macam nak share kat sini. Perjalanan kisah saya n suami sblm nikah, khidupan di politeknik, cabaran guna purdah daaaannnnn sebagai nya. ^.^v

Oke ni je dulu. Saje nak membebel. :D

Salam.

Thursday, June 7, 2012

Nikah Muda

Assalamualaikum para pembaca.. ;)
apa khabar jasad dan iman kalian?
hehe..




Terdengar ayat alQuran yg mmbuatkan saya tersentak.. 





Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)

Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.

Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud: 

“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)

Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.

Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)

Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)

Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"

Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "

"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)

Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.

Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"

Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !

Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.

Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah..



“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)




indahnya kalau menikah awal.. :)



Sunday, June 3, 2012

Sunnah Jima'

assalamualaikum.. 
sejahteralah orang yang menghidupkan sunnah Baginda SAW..
apa khabar jasad dan iman kalian? semoga masih dapat merasakan nikmat yang telah Allah taala kan kurniakan pada kita.. iman ofcors kena polish lagi dan lagi everyday..
semoga Allah taala merahmati kita.. ;)


entry saya kali ni tersangat la best,haha.. inshaAllah berguna buat pasangan yg nak nikah..
biarla setiap apa yg yg kita lakukan adalah kerana Allah taala semata2 utk dapat redha Nya.. and ofcors dalam sunnah ada kejayaan.. ambik la seluruh cara hidup Rasulullah ke dalam kehidupan rumahtangga kita..
Maulana Asyraf cakap, bila kita nak buat sunnah jgn tgk kepada hasil.. tapi yakin lah dalam sunnah ada kejayaan..

Oke, lets back to the point.. :D


Rasulullah SAW begitu romantis kepada isterinya. Baginda ade nasihat indah bagi setiap pengantin baru. Guess what it is? Berikut nasihat Baginda.




• MENCIUM KENING
Malam pertama begitu indah, tapi kata Rasulullah, harus diiringi doa serta memberikan sentuhan kemesraan kepada istri. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu menikahi wanita atau membeli seorang budak, maka peganglah ubun-ubunya lalu bacalah ‘basmalah’ serta doakanlah dengan doa berkah seraya mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiatnya yang ia bawa. Dan aku berlindung dari keburukkanya dan keburukkan tabiat yang ia bawa.’” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim).




• SOLAT SUNAT


Agar pernikahan kita diiringi redha dan rahmat Allah, Rasul pun mengajarkan agar sebelum berhubungan suami istri di malam pertama hendaknya solat sunat dua rakaat terlebih dulu.

Anjuran ini dapat kita lihat dalam sebuah hadis dari Abu Sa’id maula (budak yang telah dimerdekakan) Abu Usaid. Dia berkata: “Aku menikah ketika aku masih seorang budak. Ketika itu aku mengundang beberapa orang Sahabat Nabi, diantaranya ‘Abdullah bin Mas’ud, Abu Dzarr dan Hudzaifah radhiyallaahu ‘anhum. Lalu tibalah waktu solat, Abu Dzarr bergegas untuk mengimami salat. Tetapi mereka berkata: ‘Kamulah (Abu Sa’id) yang berhak!’ Ia (Abu Dzarr) berkata: ‘Apakah benar demikian?’ ‘Benar!’ jawab mereka. Aku pun maju utk mengimami mereka solat. Ketika itu aku masih seorang budak. Selanjutnya mereka mengajariku, ‘Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan istrimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya dari keburukkannya. Selanjutnya terserah kamu berdua…’” (Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah).


• DOA PEMBUKA
Setelah solat sunat dua rakaat, dianjurkan pula untuk berdoa. Sebagaimana hadis: “Seorang datang kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallaahu ‘anhu, lalu ia berkata, ‘Aku menikah dengan seorang gadis, aku khuatir dia membenciku.’ ‘Abdullah bin Mas’ud berkata, ‘Sesungguhnya cinta berasal dari Allah, sedangkan kebencian berasal dari syaitan, untuk membenci apa-apa yang dihalalkan Allah. Jika isterimu datang kepadamu, maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu. Lalu ucapkanlah (berdoalah): “Ya Allah, berikanlah keberkatan kepadaku dan isteriku, serta berkatilah mereka dengan sebab aku. Ya Allah, berikanlah rezeki kepadaku lantaran mereka, dan berikanlah rezeki kepada mereka lantaran aku. Ya Allah, satukanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan dan pisahkanlah antara kami (berdua) dalam kebaikan.” (lihat di Kitab al-Mushannaf).


• MINUM SEGELAS AIR

Sebelum memulai hubungan kali pertama, Rasul berpesan agar jangan terburu-buru. Alangkah baiknya dimulai dengan kelembutan dan kemesraan. Misalnya, dengan memberinya segelas air minum atau yang lainnya. Sebagaimana hadis Asma’ binti Yazid binti as-Sakan r.a., ia berkata: “Saya merias ‘Aisyah untuk Rasulullah SAW. Setelah itu saya datangi dan saya panggil baginda supaya menghadiahkan sesuatu kepada ‘Aisyah. Beliau pun datang lalu duduk disamping ‘Aisyah. Ketika itu Rasulullah SAW diberikan segelas susu. Setelah baginda minum, gelas itu baginda berikan kepada ‘Aisyah. Tetapi ‘Aisyah menundukkan kepalanya dan malu-malu.” ‘Asma binti Yazin berkata: “Aku menegur ‘Aisyah dan berkata kepadanya, ‘Ambillah gelas itu dari tangan Rasulullah SAW!’ Akhirnya ‘Aisyah pun meraih gelas itu dan meminum isinya sedikit.” (HR. Ahmad di kitab Adabuz Zifaf fis Sunnah al-Muthahharah)


• DOA SEBELUM BERHUBUNGAN

Subhanallah, Islam begitu indah mengatur hubungan suami isteri. Setiap kali akan berhubungan suami isteri, selalu diingatkan untuk senantiasa berdoa: “Bismillah, Allahumma jannibnaasy syaithaana wa jannibisy syaithaana maa razaqtana.”

Ertinya: “Dengan menyebut nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah aku dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak yang akan Engkau kurniakan kepada kami.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW juga bersabda: “Maka, apabila Allah menetapkan lahirnya seorang anak dari hubungan antara keduanya, nescaya syaitan tidak akan membahayakannya selama-lamanya.” (HR. Bukhari, Muslim).

Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata:
“Jika isterimu telah memasuki kamarmu, maka hendaknya kamu memegang ubun-ubunnya, dan bersama-sama menghadap ke kiblat, kemudian baca:

Allâhumma biamânatî akhadztuhâ wa bimîtsâqî istahlaltu farjahâ. Allâhumma farzuqnî minhâ waladan mubârakan sawiyyâ, wa lâ taj’al lisy-syaithâni fîhi syarikan wa lâ nashîbâ.

Ya Allah, dengan amanatku kujadikan ia isteriku, dan dengan mitsaqku (akad nikah) aku dihalalkan berhubungan dengannya. Ya Allah, karuniakan padaku anak darinya, anak yang mengalirkan keberkahan dan kemuliaan, jangan jadikan syaitan ikut serta dan mengambil bagian di dalamnya.” (Mustadrak Al-Wasail 2: 616, hadis ke 1)

> Mengambil wudhu sebelum berhubungan dan solat dua rakaat serta membaca selawat dan doa seperti: “Alloohumma Urzuqni Ilfahaa wa Wuddahaa wa Ridhoohaa Biy wa Ardhiniy Bihaa wa Ijma’ Bainanaa bi Ahsani Ijtimaa’in wa Aisari I’tilaafin Fainnaka Tuhibbu al-Halaal wa Tukrihu al-Haroom” ( Ya Allah, rezekikanlah aku dengan persahabatan, kasih/cinta dan redhanya. Dan jadikanlah aku redha kepadanya. Persatukanlah kami dengan sebaik-baik persatuan dan semudah-mudah pergaulan. Sesungguhnya Engkau menyukai yang halal dan membenci yang haram ).

> Memegang dahi istrinya sambil menghadap Kiblat dan membaca doa: “Allohumma ‘Ala Kitaabika Tazawwajtuhaa wa fi Amaanatika Akhadztuhaa wa bikalimaatika Istahlaltu Farjahaa Fa in Qodhoita fi Rahimihaa Syaian Faj’alhu Musliman Sawiyyan wa La Taj’alhu Syirka al-Syaithoon” ( Ya Allaah, aku telah mengawininya sesuai dengan kitabMu, dalam pengamananMu. Dan dengan firman-firmanMu telah aku halalkan dirinya. Oleh karenanya, seandainya akan Engkau taqdirkan di rahimnya sesuatu, maka jadikanlah ia seorang muslim dan tak kurang suatu apapun serta janganlah dijadikan sekutu syaitan. ) oke tu jakkkk.. peace.. :D







Friday, April 6, 2012

6 Pesanan Untuk Wanita


Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. dikatakan usaha yang dibuat oleh suami hanya sampai dihadapan pintu rumah sahaja dan dari pintu rumah ke 3 penjuru rumah wanitalah yang kena mainkan peranan dan 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-


1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau. 

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X danberistighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.:- berbelanja mengikut keperluan tetapi bukan mengikut kemampuan.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama)/keluar ke jalan Allah. secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan usaha Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.



Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah. Waallahu'alam.

Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada Allah atas dosa,kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain. Insya Allah.

Thursday, March 1, 2012

Tabligh Tidak Mencegah Munkar?

assalamualaikum..


sejahtera lah org yang menghidupkan sunnah baginda saw... apa khabar jasad dan iman you guys?  semoga Allah merahmati kalian.. polish lah iman setiap hari dengan zikir dan amal,hehe..


erm........




RAMAI para ustaz yang tidak boleh menerima Jamaah Tabligh kerana kata mereka jamaah ini tidak cegah munkar. Mereka memetik kata-kata sebahagian ulama Tabligh yang berkata sebegitu di dalam buku mereka, kemudian para ustaz ini akan berkata: cara Tabligh ini berlawan dengan al Quran dan Hadis.

Para ustaz ini sepatutnya bertanya dulu maksud sebenar dan kaedah Tabligh. Bukannya terus menghukum sedemikian. Mereka sepatutnya boleh berfikir dengan waras bagaimana boleh berlaku ulamak yang terdidik dengan sempurna di dalam agama boleh berkata perkara yang bercanggah dengan syariat. Adakah patut seorang hafiz Al Quran kemudian belajar semua bidang ilmu-ilmu Islam di madrasah sehingga ke Dauratul Hadith kemudian bercakap perkara yang berlawanan dengan Syariat iaitu: kami hanya amar bil maaruf dan tidak mencegah munkar. Amat jauh untuk dierima orang yang sedemikian akan berkata begitu dan mengajak semua Jamaah Tabligh buat begitu. Oleh kerana itu ia menunjukkan bahawa tidak mencegah munkar itu ada kaedah mereka sendiri. Dan bahawa para ustaz yang mengkritik Tabligh tidak berfikir lebih mendalam, dan memadai dengan ilmu mereka yang tidak ke mana. Ada bahayanya jika ilmu sekerat jalan sahaja.

Aktiviti yang dijalankan oleh Jamaah Tabligh ialah untuk mengembalikan umat Islam kepada amalan Islam yang sebenar. Maksudnya mereka ingin jadikan seseorang Islam itu taat kepada Allah dengan mematuhi segala larangannya dan meninggalkan segala perkara-perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini telah terbukti kerana ramai yang setelah keluar tiga hari mulai berubah dan kembali taat kepada Allah. Dahulunya adalah seorang yang tidak pernah solat, puasa dan sentiasa melakukan berbagai dosa, setelah menyertai Tabligh semua ibadat fardhu dan sunat dapat dilakukannya; dan semua perkara haram telah ditinggalkan 

Apabila segala kemungkaran yang sering dilakukan dahulu telah ditinggalkan, bermakna cegah mungkar telah dilakukan oleh jamaah Tabligh dengan berjaya. Inilah cegah munkar yang sebenarnya, kerana kemungkaran terus dibencinya dan takut untuk melakukanya lagi.

Ada orang menganggap bahawa kita cegah munkar ialah dengan meronda di pantai, taman reakrasi, dan hotel-hotel kemudian tangkap mereka yang buat maksiat di sana. Ataupun undi PAS kemudian setelah menang pilihanraya dan memerintah, boleh tutup semua kasino, kedai arak dan segala tempat maksiat. 

Barangkali ustaz-ustaz yang membenci Tabligh pun berfikiran sempit begitu. Sebenarnya, melalui cegah munkar dengan cara begitu, maksiat hanya akan ditinggalkan oleh orang melakukannya ketika ditangkap sahaja, dan selepas itu mereka akan melakukannya lagi. Apakah dapat dibuktikan bahawa orang ditangkap dan didakwa kemudian dihukum kerana khalwat atau berzina akan menjadi betul-betul insaf dan kemudian menjadi orang taat seperti yang terjadi pada orang-orang Tabligh. Adakah selepas menerima hukuman mereka akan pergi ke masjid setiap waktu solat dan menjauhi maksiat mereka dahulu?

Apakah selepas tutup kasino dan kedai arak, orang yang telah lama main judi dan minum arak di sana akan insaf dan bertaubat? Tak ada pun begitu.

Tetapi Tabligh hanya ajak orang yang sering buat maksiat itu keluar selama tiga hari, 40 hari dan selanjutnya, kemudian orang itu akan terus bertaubat dan insaf segala dosanya. Selepas balik mereka tidak akan melakukan maksiat lagi. Manakah cara cegah mungkar yang terbaik? Cara Tabligh atau cara yang difikir oleh orang lain. Lu fikirlah sendiri.

Inilah maksud: tidak mencegah munkar, yang disebut oleh ulamak Tabligh. Apabila Tabligh berjaya ‘mencipta’ manusia yang soleh melalui khuruj selama tiga hari dan lain-lain, maka secara automatik mereka berjaya ‘mematikan’ munkar. Takkan ini pun tak faham. Kalau tak faham takyah jadi ustazlah. Pegi noreh lagi baguih.








jawapan bagi salah faham tabligh tidak berpolitik..



kami tidak stuju dengan sistem kapitalis..
politik Tabligh satu dunia..
kami amlkan sistem syurah..
dan kami ada amir(ketua atau khalifah) kami...
apa yang kami focus kan adalah satu padukan Ummat Islam satu dunia d bawah satu pimpinan.. dalam Islam tidak ada border...dan negara Org Bangladesh dan org malaysia sama saudara Islam..(note: perkataan Tabligh d gunakan tujuan mengenali secara rasmi. mmg tidak ada nama kerana usaha dakwah adalah kerja umum setiap org Islam bukan persatuan)
*pandangan peribadi setakat pemahaman saya dalam usaha ini...





Copy from : Ummat Nabi

Ummat Nabi: Niqab menurut Tafsir dan Fuqaha

Ummat Nabi: Niqab menurut Tafsir dan Fuqaha