my birthday daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Saturday, October 1, 2011

MERISIK ANAK KARKUN

KARKUN itu adalah suatu istilah dalam bahasa Urdu yang bermaksud pekerja.. Tapi bila digunakan di Malaysia, ianya lebih mengkhusus kepada golongan tabligh yang melakukan kerja agama (dakwah).. maka, orang2 tabligh ini dipanggil sebagai karkun.. 




Bila dikatakan “merisik anak karkun”, maka ianya merujuk kepada anak kepada orang tabligh.. mungkin juga ada kriteria yang ingin diketahui bagaimana nak merisik atau lebih tepat lagi untuk mengetahui apakah kriteria untuk menjadi menantu kepada karkun ini..


Sepanjang pengalaman dengan karkun2 ini, kebanyakan mereka mengimpikan agar anak2 perempuan mereka akan bernikah dengan karkun juga.. maka itu, jika ada lelaki yang berminat untuk menikahi anak mereka, maka ramai yang mengenakan syarat agar lelaki itu perlu keluar berdakwah (khuruj) di jalan Allah.. iaitu keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.. selepas itu, baru melepasi kriteria yang disyaratkan..




















Tapi itu karkun2 dulu la (karkun lama – buzruq).. karkun2 sekarang (kontemporari) kebanyakannya tak kisah sangat.. mungkin sebab kurang korban (diri, masa dan harta)..

Bukanlah tujuan nak suruh keluar itu sebagai syarat2 untuk penilaian / pemeriksaan ketahanan dsb (mcm org dulu2 bertapa utk menguji ketahanan), sebaliknya untuk mewujudkan sekufu (sepadan) dari sudut pemikiran dan manhaj (metodologi dakwah).. Agak mudah jika mertua dan menantu sama2 berganding bahu dalam kerja dakwah.. sewaktu menantu keluar berdakwah, mertua boleh tolong tengok2kan isteri dan anak2.. kalau mertua plak keluar berdakwah, menantu boleh membantu tengok adik ipar dan mak mertua..


Kalau tak sama pemikiran, maka banyak timbul fitnah.. menantu akan mempertikaikan tindakan bapa mertua yang meninggalkan keluarga untuk berdakwah, mertua plak pertikai menantu yang tak support usaha dakwah.. akhirnya, asal pernikahan itu dapat merapatkan perhubungan, lain plak jadinya (hubungan semakin renggang).


Dan para karkun ini juga sangat sukakan pemuda2 karkun yg berkelulusan agama (al-hafiz ke, muallim ke).. Ini berdasarkan pengalaman sendiri.. oleh kerana karkun ini ramai yg bukan berkelulusan agama, maka bila dah ada kesedaran agama (hasil usaha dakwah), maka beliau nak la agar menantunya itu alim dalam bidang agama.. senang beliau nak tumpang belajar..




Apapun, yang paling penting adalah kena pandai mengambil hati bakal mertua.. bila hati dah terpikat dan tertarik dengan akhlak kita, maka ketika itu tak kira dah karkun ke, kartun ke.. insyaAllah akan diterima sebagai menantu dengan senang hatinya ;)






p/s:   abahh, peace no war,hehehe :p

8 comments:

  1. Mind if i query? Mostly in this artcle ure discussin abt criteria/personality of an ideal karkun. Tertib sunnah merisik mcm ne miss?

    mintak maaf if bunyi mcm bnyk tanya..Niat nak tambah ilmu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan. lari dari tajuk plak. :D
      i think you know better than i do. :)

      Delete
  2. salam, izinkan sy jawab soalan tuan ibnu hatari. erm tuan bole terus kpd wali nya jika kenal. kalau tk kpd karkun2 yg knl dgn wali si gadis. kemudian setelah perkenal diri,bole la merisik kalau2 ank gadisnya sudah berpunya ke belum. huhu.. seterusnya Allah akn tunjukkan jalan insyaallah. sahabat2 karkun kan ramai yg bole bertanya, :)

    dulu,waktu zaman remaja dgr juga ramai karkun2 nk menantu yg karkun juga dan dah 4bln. huhu ingatkan ayah pun mcm tu. tp ayah terima je sesape. huhu. alhamdulillah..bakal menantu no2 ayah karkun, dan sy pun mmg berniat nk hadiahkan ayah seorg menantu karkun. xD

    ReplyDelete
  3. sekali lepas solat sunat kat mahala jiran, ada gash 2. tetiba karkun pegang tangan saya dan kata "kawan aku tgh cari menantu nak kawenkan dgn anak dia (alimah), ko nak tak?" alamak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, 'alimah tu/.. you should say yes i do.. ;D

      Delete
  4. Kriteria nak jadi isteri karkun pulak mcm mana??

    ReplyDelete
  5. Assalaamualikum, is this blog providing any links to approach the family or the anak karkun for asking her hand. or how does it work? i want to marry anak karkun. plz guide.

    ReplyDelete