Assalamualaikum para pembaca.. ;)
apa khabar jasad dan iman kalian?
hehe..
Terdengar ayat alQuran yg mmbuatkan saya tersentak..
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)
Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.
Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:
“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.
Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".
Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)
Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.
Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)
Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)
Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"
Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:
Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodhohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"
Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;
"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu"
(Hadith riwayat Muslim)
Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.
Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .
Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"
Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !
Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.
Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah..
“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)
indahnya kalau menikah awal.. :)
Popular Posts
-
Assalamualaikum. Entry ni saya just nak share satu kisah suami isteri. Mungkin kita boleh belajar something dri kisah ni. Hmm. Saya tbaca pa...
-
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apab...
-
assalamualaikum..... sejahtera lah org yang menghidupkan sunnah baginda saw... apa khabar jasad dan iman you guys? ;) semoga Allah mer...
-
KARKUN itu adalah suatu istilah dalam bahasa Urdu yang bermaksud pekerja.. Tapi bila digunakan di Malaysia, ianya lebih mengkhusus kepada g...
-
Assalamualaikum para pembaca.. ;) apa khabar jasad dan iman kalian? hehe.. Terdengar ayat alQuran yg mmbuatkan saya tersentak.. Dan...
-
Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan. Apakah sunnah itu? Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut c...
-
assalamualaikum.. sejahteralah orang yang menghidupkan sunnah Baginda SAW.. apa khabar jasad dan iman kalian? semoga masih dapat merasaka...
-
Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada Politik. “Tabligh ini bagus...
-
Assalamualaikum. Its me again. ;) The tittle sounds interesting.. Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul. Hehe. This is just a sharing. S...
-
Maaf kalau saya cakap, pergi belajar di university moden sekarang ni pun terutamanya bagi wanita adalah suatu perkara yang membawa kepada me...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhuhu...suruh lah...abah hang yg carikan...is more better for U bro...i think la...
ReplyDeleteNikah Tika Umur Muda
ReplyDeleteBagi Lelaki Bawah 25
Bagi Perempuan Bawah 20
Dirikan Masjid Di Kala Muda
Alhamdulillah.
Assalamualaykum...ukhti,Alhamdulillah,memang best nikah muda-muda,saya nikah di usia 17thn dan suami 25thn...memang sangat sweets..alhamdulillah sekarang dah 11thn..dan dikurniakan 4 anak lelaki...(^__^)..liles page ni...
ReplyDeletejemput ke blog saya juga... http://ummutamiem.blogspot.com/
ReplyDeletehttp://ahliahisham.blogspot.com/
orang melayu je melecehkan bab nikah kahwin ni. huhu. btw.entry "merisik anak karkun" mmg terbaik. huhu
ReplyDeletekamu sudah berpunya ke?
ReplyDeletecepat2lah begitu sambut takaza...
wah umi..buat kmk jeles jak..tapi mungkin belom jodoh kmk nak kawen muda..tapi i'm still mudak k..hahha..kapan sih kamu mau kasi sahaya ini umi junior..mesti cute macam ktk n ur husband deh..apapun kmk doakan ktk bahgia sentiasa n dkurniakan baby yang kiut miut n sihat walafiat..
ReplyDeleteslam semua...mohon kerjasam pd sesipa yg nak nikah awal..boleh pm saya..sy memeng nak nikah awal...sy laki,student ipta,umur 24
ReplyDeleteAssalamualaikum....AFwan.... Ijin yang Empunya Blog ,,ane copas gambarnya buat sampul novel Online saya...
ReplyDeletebisa di Check di : http://fiksi.kompasiana.com/novel/2013/07/08/keajaiban-cinta-playboy-insyaf-end--575054.html
Syukran,,,,mampir ya akhi / Ukhti :-)
errr...minta maaf nak mencelah..sy x menyangkal mana2 ayat dalam alquran dan hadis...tpi mengikut kefahaman sy allah tetap memberi ujian pada yg nikah awal dan nak2 zaman skrng yg memang semuanya dh mahal...sy amat2 yakin mereka yg nikah awal ni semuanya ada berduit banyak...maka yg ada duit bnyk je la leh nikah awal...sbb kalau nikah awal tpi duit tarak tu cari jalan maut namanya..
ReplyDelete