my birthday daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Thursday, March 1, 2012

Tabligh Tidak Mencegah Munkar?

assalamualaikum..


sejahtera lah org yang menghidupkan sunnah baginda saw... apa khabar jasad dan iman you guys?  semoga Allah merahmati kalian.. polish lah iman setiap hari dengan zikir dan amal,hehe..


erm........




RAMAI para ustaz yang tidak boleh menerima Jamaah Tabligh kerana kata mereka jamaah ini tidak cegah munkar. Mereka memetik kata-kata sebahagian ulama Tabligh yang berkata sebegitu di dalam buku mereka, kemudian para ustaz ini akan berkata: cara Tabligh ini berlawan dengan al Quran dan Hadis.

Para ustaz ini sepatutnya bertanya dulu maksud sebenar dan kaedah Tabligh. Bukannya terus menghukum sedemikian. Mereka sepatutnya boleh berfikir dengan waras bagaimana boleh berlaku ulamak yang terdidik dengan sempurna di dalam agama boleh berkata perkara yang bercanggah dengan syariat. Adakah patut seorang hafiz Al Quran kemudian belajar semua bidang ilmu-ilmu Islam di madrasah sehingga ke Dauratul Hadith kemudian bercakap perkara yang berlawanan dengan Syariat iaitu: kami hanya amar bil maaruf dan tidak mencegah munkar. Amat jauh untuk dierima orang yang sedemikian akan berkata begitu dan mengajak semua Jamaah Tabligh buat begitu. Oleh kerana itu ia menunjukkan bahawa tidak mencegah munkar itu ada kaedah mereka sendiri. Dan bahawa para ustaz yang mengkritik Tabligh tidak berfikir lebih mendalam, dan memadai dengan ilmu mereka yang tidak ke mana. Ada bahayanya jika ilmu sekerat jalan sahaja.

Aktiviti yang dijalankan oleh Jamaah Tabligh ialah untuk mengembalikan umat Islam kepada amalan Islam yang sebenar. Maksudnya mereka ingin jadikan seseorang Islam itu taat kepada Allah dengan mematuhi segala larangannya dan meninggalkan segala perkara-perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini telah terbukti kerana ramai yang setelah keluar tiga hari mulai berubah dan kembali taat kepada Allah. Dahulunya adalah seorang yang tidak pernah solat, puasa dan sentiasa melakukan berbagai dosa, setelah menyertai Tabligh semua ibadat fardhu dan sunat dapat dilakukannya; dan semua perkara haram telah ditinggalkan 

Apabila segala kemungkaran yang sering dilakukan dahulu telah ditinggalkan, bermakna cegah mungkar telah dilakukan oleh jamaah Tabligh dengan berjaya. Inilah cegah munkar yang sebenarnya, kerana kemungkaran terus dibencinya dan takut untuk melakukanya lagi.

Ada orang menganggap bahawa kita cegah munkar ialah dengan meronda di pantai, taman reakrasi, dan hotel-hotel kemudian tangkap mereka yang buat maksiat di sana. Ataupun undi PAS kemudian setelah menang pilihanraya dan memerintah, boleh tutup semua kasino, kedai arak dan segala tempat maksiat. 

Barangkali ustaz-ustaz yang membenci Tabligh pun berfikiran sempit begitu. Sebenarnya, melalui cegah munkar dengan cara begitu, maksiat hanya akan ditinggalkan oleh orang melakukannya ketika ditangkap sahaja, dan selepas itu mereka akan melakukannya lagi. Apakah dapat dibuktikan bahawa orang ditangkap dan didakwa kemudian dihukum kerana khalwat atau berzina akan menjadi betul-betul insaf dan kemudian menjadi orang taat seperti yang terjadi pada orang-orang Tabligh. Adakah selepas menerima hukuman mereka akan pergi ke masjid setiap waktu solat dan menjauhi maksiat mereka dahulu?

Apakah selepas tutup kasino dan kedai arak, orang yang telah lama main judi dan minum arak di sana akan insaf dan bertaubat? Tak ada pun begitu.

Tetapi Tabligh hanya ajak orang yang sering buat maksiat itu keluar selama tiga hari, 40 hari dan selanjutnya, kemudian orang itu akan terus bertaubat dan insaf segala dosanya. Selepas balik mereka tidak akan melakukan maksiat lagi. Manakah cara cegah mungkar yang terbaik? Cara Tabligh atau cara yang difikir oleh orang lain. Lu fikirlah sendiri.

Inilah maksud: tidak mencegah munkar, yang disebut oleh ulamak Tabligh. Apabila Tabligh berjaya ‘mencipta’ manusia yang soleh melalui khuruj selama tiga hari dan lain-lain, maka secara automatik mereka berjaya ‘mematikan’ munkar. Takkan ini pun tak faham. Kalau tak faham takyah jadi ustazlah. Pegi noreh lagi baguih.








jawapan bagi salah faham tabligh tidak berpolitik..



kami tidak stuju dengan sistem kapitalis..
politik Tabligh satu dunia..
kami amlkan sistem syurah..
dan kami ada amir(ketua atau khalifah) kami...
apa yang kami focus kan adalah satu padukan Ummat Islam satu dunia d bawah satu pimpinan.. dalam Islam tidak ada border...dan negara Org Bangladesh dan org malaysia sama saudara Islam..(note: perkataan Tabligh d gunakan tujuan mengenali secara rasmi. mmg tidak ada nama kerana usaha dakwah adalah kerja umum setiap org Islam bukan persatuan)
*pandangan peribadi setakat pemahaman saya dalam usaha ini...





Copy from : Ummat Nabi

No comments:

Post a Comment