assalamualaikum.....
sejahtera lah org yang menghidupkan sunnah baginda saw...
apa khabar jasad dan iman you guys? ;)
semoga Allah merahmati kalian.
erm. entry saya ni saya buat just nak share something dengan para pembaca.
FAMILY
oups. sebelum saya terlupa, saya nak gtau awal2, saya dibesarkan dalam keluarga yg ikut jemaah tabligh.
abah( karkun 4 bulan),
pakcik-pakcik( karkun 4 bulan n ade yg syura),
nek aki(ayah kepada mak which is my atuk lahhh, pernah jadi syura Sibu n karkun 4 bulan. kira buzruq la),
abang(karkun 40 hr, 21/2012, karkun on/off n smoga Allah hantar seseorang pergi khususi dia),
adik lelaki(karkun 40 hari, 19 tahun/2012),
adik lelaki ( 8 tahun/2012, ya Allah jazbah giler, dia penah cakap kat saya, "kak umi, zaid nak keluar 4 bulan, zaid nak pakai beg apa eh? zaid dah tulis azam 4bulan ipb dalam buku tashkil" tergelak gak dengar, tapi bgus la kecik2 dah cmni, semoga Allah kekalkan dia dalam usaha ni.. and paling best dia dah ade pengalaman keluar 40hari ikut abah..subhanallah..)
adik lelaki ( 3 tahun, inshaAllah akan datang biiznillah)..
 |
| Muhammad Salman Pauji |
mak (ahlia karkun,haha , anak nek aki -.-)
makcik2( ahlia pakcik2)
adik beradik pmpn ( slalu ikut pergi taklim mingguan masturat n kalau saya nusrah jemaah, saya ajak diaorang ikut skali)
jujur nya, saya nak sangat klua masturat nak sambut takaza kluar masturat, tapi Allah belum pilih lagi. mana tak nya, nak ikut abah, tapi abah kerja offshore, balik2 dia sibuk dgn jemaah. tggu kawen je lah ni. semoga Allah bagi yg ikut usaha.
doakan saya ye.
KEHIDUPAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
oh btw, saya ni org miri sejati.(ye ke? jalan kat miri pun tak hafal lagi) hehe.
ni kisah saya, politeknik kuching sarawak dan sahabat2 saya di sana.
jap, saya nak perkenalkan seorang sahabat rapat rapat rapat rapat saya, Safura. *i love her so much*
oke.
sebelum saya mendaftar dipoli untuk kemasukan sesi jun 2010, (sekarang semester 4 n tgh prctical d airport miri sarawak), saya bukan lah seperti diri saya skrg ni.
saya seorang yang berpakaian seperti kebanyakkan perempuan lain (perkataan perempuan, itu lah saya dulu)
saya tak guna tudung labuh ( walaupun mak dah bekalkan saya dgn tudung labuh sbelum masuk poli, saya tak guna pun. )
this is me.
tapi alhamdulillah, Allah bagi faham, Allah buka mata saya, Allah bagi hidayah.
dan skrg ni,
skali lagi, alhamdulillah, saya bnyak melibatkan diri dengan usaha ni. taklim masturat, nusrah jemaah.
alhamdulillah.
skrg dah lebih dari setahun saya mmbiasakan diri dengan purdah, jubah.
SEMESTER 2
saya masa tu terlibat dengan organisasi islam,hehe. ikut usrah dan aktiviti2 dieorang.
saya duduk dalam "Lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan".
dan saya pernah jadi ketua naqibah. haha.
saya ingat lagi, masa saya bagi usrah ngn anak2 usrah, saya bnyak cakap tentang 6 sifat sahabat, pasal 6 pesanan kepada wanita, saya suruh diaorang pergi cakap sorg2 (kira muzakarah la).
dan saya cakap benda yg sama je tiap kali usrah.hehe.
klua dari tajuk yg ustaz bagi kot,huhu.
ade seorang sahabat ( dia terlibat dengan islamic organisasi kat tmpat saya blaja), dia tya, " awak rasa jemaah tabligh tu syumul ke?" mak aiiii soalan diaaaaaa~
saya pun jawab la balik " ya, kenapa? "
dia ckp " kan jemaah tabligh menolak politik? politik kan sunnah, mana boleh kita tinggal politik tu, maksud nya kita tolak sunnah la tu".
saya ckp balik kat dia "jemaah tabligh mngamal politik la, tapi bukan sistem politik demokrasi, bukan sistem politik yahudi, bukan sistem politik yg ada parti2. memang la sunnah, tapi politik sekarang ni jauh mnyimpang dari sunnah. awak kenali betul2 apa itu jemaah tabligh, 3 hari inshaAllah".
then dia wordless speechless --'
erm, saya plek la. diarg ni ade2 je kan. sikit2 kutuk jemaah. jemaah tak salah lahhhhhhhh. semua pun ada satu tujuan kan? nak bawa org kenal dgn Allah. haihhh. betul lah tu. cuma beza nya manhaj dan fikrah je.
hujung semester 2 tu saya decide nak klua dari organisasi tu. atas bnyak sebab lah. bukan nya saya ckp jemaah tu tak elok. suma pun elok. its just that saya lebih berminat dengan jemaah tabligh.
dieorang ade gak yang pujuk saya, ade jgak yg tak suka dengan saya,hehe. tapi biarlah org nak cakap ape kan, saya slesa dgn jemaah yg saya ikut skrg ni.
SEMESTER 3
semester 3,hehe. tak sangka dah semester 3, tinggal 3 semester lagi, pastu graduate inshaAllah.
masa ni lah saya nak hidupkan taklim masturat d poli. saya buat taklim malam ahad kat surau asrama prmpuan, sbb masa tu bnyak org dah balik kan.
saya tak ambik bnyak masa, saya just ambik kurang dari sejam je untuk fadhilat majlis, taklim n muzakarah 6 sifat n adab2. tak lama pun. paling byk yg pernah duduk, 7 org, termasuk my bestfren.
alhamdulillah ade jgak yg duduk walaupun tak banyak.
tapi makin ari makin sikit. last2 tinggal saya ngn besfren saya je. hehe.
seronok jgak muzakarah 6 sifat ngn dia.
 |
| 6 SIFAT SAHABAT |
SAHABAT USRAH
erm, i admire her a lot. she's got everything. akhlak nya, subhanallah cantek. guna tdung labuh jgak, dengan t-shirt muslimah yg melepasi punggung..
Allahu Rabbi.. dia ni one of the islamic organisation's members yg saya gtau awal tadi tu.
one day, Allah takdirkan saya jumpa ngn dia.
kinda exciting,hehe. maklum la, saya kan suka sgt tgk dia. lemah lembut n sopan.
she's a role model im telling you guys..
oke. we have a short chitchat. and by sudden dia ajak ikut usrah, n cakap, lama dah tak tgk umi ikut usrah, jom la turun usrah, weeeeee~ haha.
then i said "yes!!!! this is it. this is my chance, one n only chance to introduce diorang dgn jemaah masturat nie,hehe.." (tapi cakap lam aty je lah,haha)
saya setuju nak ikut, ye la, nak ikram dieorang kan.
(ergh panjang kot crita saya ni kan, haha)
saya pun pergi la, lalala~
oke masa usrah tu, saya ambik peluang yg ade utk ckp pasal jemaah masturat, pe taklim, ape tu nusrah jemaah, ape tu PURDAH (dieorang tau la ofcors ape purdah tu, saje je nak ckp ahaks)
ade lah sorg kakak usrah ni cakap " pakai purdah ni buat org lelaki lebih tertarik ade lah, lebih2 lagi mata tu. pastu nak dakwah org pun org takut ngn kita, susah lah"
Allahu Rabbi.. semoga Allah bagi mereka ni faham..
saya jawab la (geram sgt), "sapa cakap? tau tak purdah ni pakaian isteri nabi, purdah ni sunnah, pasal pe plak susah nak dakwah? para sahabiah zaman nabi S.A.W dulu oke je. takde masalah pun. lelaki tertarik dgn mata org berpurdah? kalau mcm tu guna la burka, kasi tutup suma" :)
kakak tu mmg taknak mngalah, dia cakap "tu zaman dulu, ni zaman skrg, plek la kalau org tgk."
then saya jawab balik, " zaman skrg ni, sunnah mmg org pandang plek, kalau pakai sexy takde plak org cakap plek kan, tu la yg biasa. kalau tgk pmpn guna prdah siap ckp mcm ninja la, hantu lah. tapi tu lah yg terbaik. kalau org benci agama, benci sunnah memang lah taknak dekat ngn kita. inshaAllah, kalau org yg hati nya penuh dgn cinta Allah, cinta sunnah, diaorg boleh terima n memang nak n tringin pun dekat ngn org berpurdah ni. lagipun, ni lah pakaian islam. kita islam kan. kita kena tahu, bila wajah kita ni cantek sgt, n boleh mnimbulkan syahwat lelaki, elok la pakai purdah, bukan nak cakap saya ni cantek. tapi tu la sebaik nya, berusaha mngelakkan fitnah.."..
heheh..berusaha zihin dieorang,sabar umiiiii..
pastu kakak tu cakap, " betol cakap umi kan."
saya pun jawab dalam hati "aik tu je ke nak ckp?"
,huhu.
PRACTICAL(dis 2011-present)
erm, alhamdulillah, semester 4 dahh! yabedabedu~!
saya mmbranikan diri untuk practical guna purdah. saya tahu risiko nya, kalau guna purdah, takut firma takleh trima, tapi alhamdulillah oke je! hihi..
setakat ni, ada sorang je pekerja dari MAS tak suka saya. dia bukan islam.
dia seorang yg ckup mnggeramkan saya.haha
tiap2 kali dia terserempak ngn saya, mesti dia buat muka mnyampah, haih.
dia pernah cakap kat saya, "why are you wearing face veil? you dont have to wear it. you scared peoples. this is not saudi arabia nor UAE. mcm penyamun sudah. aiyyaa!"
saya takleh cakap apa2, saya diam je. (kempang da jak ati madah cmia koh, piluk aty tok..*bahasa sarawak masuk*)
saya senyum je la, walaupun dia tak nmpak senyuman saya yg menawan nih. haha.
jujur ny, saya betul2 kecik aty, rasa mcm nak ngis gak kat situ. tapi Allah tuntut supaya hamba nya bersabar, baru sikit, kalau zaman Rasulullah lagi teruk.
sedih nya org cakap mcm tu..
sampai ati cakap pakaian ummahatul mukminin mcm tu.
sedih sedih sedih sgt99x.
tapi nak buat cmana kan, doa hidayah je kat dia.
oke la, sampai sini je. penat kot taip ni. sakit dah bahu.
oh lupa nak gtau, inshaAllah bulan 5 ni ada ijtimak srwk, tapi tarik belum tentu lagi.
tggu karkuzari dari sahabat2.
inshaAllah.
semoga Allah taala kekal kan saya dalam usaha ni sampai saya mati.
Allahumma Amin~
Cantik wanita bukan pada rupa dan pakaian. Tetapi, sejauh mana dia dapat mentaati perintah Allah swt, ikut sunnah rasulullah s.a.w, patuhi pesan abah & mak dan pandai membezakan perkara yang hak dan batil.
<3
saya sayang anda semua kerana Allah.<3
by: umikalthumpauji