my birthday daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Wednesday, June 19, 2013

Second Check Up

Assalamualaikum. Apa khabar semua nya? Apa khabar iman dan jasad? ;) 

Oke hari ni second check up utk kandungan. Nurse ckp kandungan dah 12 minggu 6 hari. N nurse hari ni sangattt baik and peramah n sporting sangattttttt. Best! Siap boleh borak2 dan ckp kosong dengan dia, hiks! 

Masa check up tadi nurse check berat badan, ambik darah utk check hb, n urine test kot2 kencing manis. Okay, berat badan, dari 46 kg(previous check up) ke 45 kg. luckily, nurse baik. Tak marah. Hehe. Alhamdulillah. Haaa ni dia, masa check hb, dari 12.7 trun ke 11.7. Ni banyak dengar nurse punya nasihat. Dia ckp, kna mkn semua vits yg mereka bagi, kena makan makanan(jgn tak mkn). Dia ckp lagi, kalau hb kuran dr 11.5 dah tak normal. Takut kena anemia. N ofcors boleh affect ibu n baby. Antara nya, keguguran, baby pramatang, baby kiran berat badan n mningkatny risiko kematian ibu. Nurse pesan, waktu puasa nanti bjaga2. kalau ade simptom pitam, pucat, kena berbuka. jadi kena rukhsah puasa. Ya Allah. Sesungguhny ajal kita dalam genggaman Allah. Semua nya dalam lindungan Allah. 
Oh yg pasal urine test, urine glucose negative. Maksud ny okay2 lahhh.

After everything, nurse suruh plak pergi dental check up. Haa kita pun pergi lah. Check check bnyk kaviti, hahah. N nurse ckp ade yg kena tampal. So buat lagi appoinment ngn dentist. Bnyk nya appoinment.

1) 03/07/2013- pergi dental check up.
2) 26/06/2013- pergi hospital
3) 31/07/2013- pergi clinic check up kandungan(18 weeks)

Hari ni dapat lebih bnyk vits. Siap ubat tambah darah bagi 2 kotak. Hehe. Sbb hb saya low. 

Dan dan, saya pergi beli higoat and jus delima. Utk saya dan baby! Hehe. 

Pa2 pun hari ni penat sangat, rasa nak pengsan! Kepala pun dah bdenyut2. Skali lagi nk ckp, nurse hari ni baik!! Luoa lak tya nma. Tapi mmg peramah. Hehehe. Klah. Nnti nnti sambung.

Doa kan saya dan baby selamat sampai deliver. Pastu sampai bila2 lahhh. Hehe. (Maseh risaukan tahap hb rendah) ;(


Salam. :* :* ❤❤❤❤❤❤
Bnyak kannnnn. Banyak niii *(^.^)*




Haa ni lah jus delima & susu higoat yg saya cite tadi. Nnti nak cuba. Hope tekak ni boleh trima lah kan.

Tuesday, June 11, 2013

Ana uhibbuka fillah ilal Jannah ya Zauji

Assalamualaikum. Entry ni saya just nak share satu kisah suami isteri. Mungkin kita boleh belajar something dri kisah ni. Hmm. Saya tbaca pagi ni dekat news feed facebook saya. Abis je baca, saya rasa mcm sebak. Nangis giteww. ke sbb mengandung jadi asik nak nangis. ;) Begitu tinggi nya cinta suami utk isteri nya. So lets hear it. 


"Ada sepasang suami isteri, dimana sang isteri adalah wanita yang sangat amat cantik, tanpa aib sedikit pun. Suaminya sangat mencintainya, begitu juga isterinya.

Di waktu itu sedang marak tersebar penyakit kulit, yang akibatnya merosakkan keindahan kulit. Sang isteri merasa dirinya hodoh dan wajahnya mulai hancur dimakan penyakit. Dikala itu sang suami sedang berada diluar dan belum mengetahui bahwa isterinya terserang penyakit kulit tersebut.

Dalam perjalanan pulang, sang suami mengalami kemalangan yang membuatnya menjadi 'buta'.

Dari hari ke hari, sang isteri yang pada mulanya seperti bidadari berubah menjadi wanita yang amat hodoh dan menyeramkan, namun sang suami tak dapat 
melihat dan kehidupan mereka berjalan seperti biasa dengan penuh kasih sayang dan cinta seperti awal mereka menikah.

Βerjalan 40 tahun, sang isteri meninggal dunia. Sang suami sangat bersedih dan merasa kehilangan. Di perkuburan, sang suami adalah orang terakhir yang keluar dari kuburan sang isteri. Ketika berjalan, datanglah seseorang menyapanya, "Abg, abg nak kemana?"
Jawab sang suami, "Saya nak balik."

Мendengar jawapan tersebut, orang tersebut bersedih dengan keadaan sang suami yang buta dan berseorangan. Lalu orang tersebut berkata, "Bukankah abg buta dan selalu bergantung dengan isteri abg? Sekarang mcm mna abg nak balik seorang?"

Jawab sang suami, "Sebenarnya saya tidak buta. Selama 40 tahun saya hanya berpura-pura buta. Semua ini saya lakukan supaya tiada air mata dan kesedihan pd isteri saya. Saya tahu isteri saya hodoh dan ada penyakit kulit, tapi ianya tidak menjadi masalah kerana saya sangat mencintai nya." "

Allahurabbi. Terjatuh airmata. Alangkah indah nya cinta kerana Allah. Kekurangan pun boleh buat2 tak nmpak. Siap mngaku dri buta. Allah Allah. 😢
Saya yakin jika kita bercinta dengan cara yg halal, kerana Allah, pasti dan pasti Allah akn kurniakan kita kluarga yang sakinah mawaddah warahmah. :')

Nota kaki cantek: 
Demi Allah. Aku sangat mencintai si dia yang sudah halal bagi ku. Aku mencintaimu suamiku. Kerana Allah. Terima kasih kerana menerima kekurangan diri ini. Terima kasih atas pengorbanan mu. Terima kasih kerana masih bertahan bersama isteri mu yang 'berolah'. Terima kasih atas segala-gala nya. Semoga Allah kurniakan kita keluarga yg sakinah, mawaddah wa rahmah. I ❤ you ilal jannah. (blush*)
So this is my boss. ❤❤❤❤ and soon will be a father to my kids. ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Monday, June 10, 2013

Nak banteras Zina, Rogol? Mulakan dengan 'jangan dekati zina'



Maaf kalau saya cakap, pergi belajar di university moden sekarang ni pun terutamanya bagi wanita adalah suatu perkara yang membawa kepada menghampiri zina. Kenapa saya berkata demikian???

Kerana beberapa sebab:
1) Akan menyebabkan safar tanpa mahram (bagi perempuan). Ittifaq ulamak mengatakan safar bersendirian bagi seorg perempuan adalah HARAM. Apabila buat perkara HARAM maka dia akan terdedah seluas2nya kepada godaan dan hasutan syaitan.

2) Akan berlakunya percampuran (ikhtilat) lelaki perempuan. Dalam university akan adanya study group sperti buat assignment sama2 dan sebagainya. Dan bermacam macam program university lagi yang melibatkan percampuran lelaki perempuan.

3) Pendedahan kepada percintaan terbuka luas. Kalau xde couple xmoden dan xlaku. Macam2 jenis couple. Ada yang mendakwa couple islamik la dan sbagainya. Aduh, kalau nak couple pun janganla nak sebut couple islamik pulak. Mana ada Islam mengharuskan couple la melainkan couple suami isteri.

Maaf sekiranya tulisan saya ini melukakan hati sesiapa. Cubala renungkan dan fikirkan dengan akal fikiran yang waras berlandaskan quran sunnah dan ijmak ulamak. Bertindaklah dan jagalah diri sendiri dan ahli keluarga dari perkara ini. Biarla tak dapat sijil, biarla xdapat kemasyhuran, biarla tak dapat pangkat, biarla xdapat makan gaji, biarla papa, biarla miskin, biarla merempat, janji Allah redha dengan cara berpegang teguh pada agama.

Yaqinlah!!! Apabila kita korbankan dunia demi akhirat, korbankan kemasyhuran demi agama, korbankan maal(harta) demi amal. Maka Allah pemilik dunia akhirat sama sekali takkan sia2kan pengorbanan kita. Allah SWT telah pun berjanji melalui sabdaan kekasihnya muhammad SAW,
من ضحى شيئا لله عوضه الله خيرا منه
Yang bermaksud, 'barangsiapa mengorbankan sesuatu untuk Allah maka Allah SWT akan gantikan yang lebih baik dari apa yang dikorbankan'.

So bangkitlah wahai saudara se islamku demi agamamu sendiri...

:Maulana Usamah Muhammad:

Di ambik dari blog Ummat Nabi

Sunday, June 9, 2013

Alhamdulillah, Amanah Allah.

Assalamualaikum readers. ;) apa khabar jasad dan iman? Mudahan maseh dberikan nikmat sehat dan membetulgunakan nya. Iman, ofcors kita kena asah setiap hari. Iman kita para ulama' kata klua masuk. Bukan nya naik turun. Jadi tuan2 ibu2 sama2 la kita usahakan. Ada dlm hadith, lebih kurang, perbaharuilah iman dgn kalimah laa ilaha ilallah. Jadi kita kena usahakan keatas kalimah tersebut. Bukan sahaja melalui perkataan, tapi hati dan perbuatan jga harus kita usaha kan. (oups! terbayan hoho). Maaf bukan niat nak dakwah. Cuma sharing. ;) inshaAllah ya kawan2~

Jadi back to the point. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah, setelah hampir setahun usia pernikahan kami, akhirnya Allah taala telah berikan rezeki dan amanah berupa ANAK. Alhamdulillah. T.T

So masa saya tgh menaip ni, usia kandungan dah nak masuk 3 bulan. Baby bump tak nmpak lagi, cuma tanda2 je nmpak skrg. Hehe. 

Masa tahu saya preggy, ya Allah happy sangat!! Masa nak check tu tak duduk ngn encik suami pun. Kita check sembunyi2 sbb tanak encik suami tau dulu. Nnti saya frust dengan dia skali yg frust. Tup tup lepas check, Alhamdulillah positive! Saya snap gambar pregnancy test and hantar kat cik suami. Dia series mcm tak percaya, ingat kita main2 plak. Last2 tu dia call, dia ckp 'sayang, bena kah gambar ya? Bukan ambik kat internet kah???'. Ya Allah. Geram pung ade! Haha. Tapi last2 dia percaya and happy gila3. Seronok tgk husband happy. N seronok dpt bagi husband zuriat. Seronok seronok seronok. Alhamdulillah!

So now saya tgh alahan teruk. Antara nya,
- Muntah(rasa mcm ade benda sentuh tekak)
- Pening(mcm takleh angkat, tapi gigihkan jugak angkat sbb skrg suami takde dsisi, kna jaga dri sendiri T.T)
- Pitam(okay ni paling tak best! Kadang2 tu nak jatuh, terus saya baring laju2!)
- takleh cium bau masakan(kalau kat umh ni adek2 tgh masak, rasa mmg nak marah je!)
- takleh cium bau softlan comfort warna Pink(sblm preggy saya gila guna softener ni masa duduk hostel, tapi skrg ntah la.)
- takleh cium bau husband(masa duduk dkat husband, bau yg saya adore sangat tu jadi busuk smcm haha. Ni laaaa paaaaaling tak best oke. Kesian husband. Tapi skrg kita duduk jauh)
- Gangguan emosi( skrg cepat marah, cepat nangis. Org nasihat saya, ' org preggy takleh marah2' pun saya marah jgak. Kadang2 saya pun tak fhm ngn diri saya. Pembawakan baby la ni! Nanti awak klua baby, ibu gigit awak!! Hehe ❤)
- Malas(oh i cant help myself! Kdg2 rumah mcm kapal karam sbb malas. Malas malas malas!)

Tu je kot, yg lain takde lagi. Mcm heartburn, excessive salivating, sakit perut, angin, its normal. Saya baca kat babycentre.com. 

Hmm. Rasa teruja bakal jadi ibu muda. Tapi inshaAllah saya boleh. Sbb adik beradik saya ramai. Yg adik last aritu pun, masa dia baby saya penah bagi mandik, tuka kan pampers, jagakan masa mak abah klua, bagi tidor. InshaAllah inshaAllah.

My first check up, was on May. Everything seems normal. Masa tu lah first time dlm hidup(dah besar) ambik darah! Nervous takut. Haha. Tapi oke je pun. Takde rasa pa2. Ingatkan sakit. Tapi Allah permudahkan.

Next check up will be on Jun 19. Masa ni husband yg temankan nnti inshaAllah. Nurse ckp, masa ni pun kena ambik darah. Tapi cucuk jarum kat ujung jari. Mcm sakit je bunyi. Huhu. Saya buat check up kat klinik kesihatan kerajaan. So takde charge, tapi bnyk org la. Kena bnyk sabar. Dh nama service free kan. Diorang tak scan pun perut. Hmm. Nanti nak ajak husband pergi klinik swasta utk scan perut. Nak sangat tgk baby. First time kan. So teruja!! Hehe.

So ni je utk entry kali ni. Ntah bila lagi nak update. Tangan ni pun mcm susah nak check blog. Nak menaip laaaagi la malas! Haha. Ya Allah. K lah. Wslmualaikum. ❤❤

P/s: malas nak higlight2 word. Sbb update ni saya guna fon je. Sbb malas bukak laptop n malas duduk. Tgk la betapa malas ny saya! T.T


 Surah amalan semasa mengandung. Hehe. Sapa2 mengandung tu, haa baca la ni. InshaAllah ada kelebihan.