my birthday daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Popular Posts

Monday, February 6, 2012

ALLAH MAHA KUASA, MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA


Sesungguhnya di dalam
sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada
kejayaan.



Apakah sunnah itu?


Iaitu cara nabi
s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah
s.w.t akan beri kita kejayaan dunia
akhirat.

Cara lain selain cara nabi
s.a.w,tiada kejayaan.

Cara lain selain cara
nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh
itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya
bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa
kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung
tiada kejayaan.

Cara Nasrani tiada kejayaan,

cara Yahudi tiada kejayaan,
cara Komunis tiada kejayaan,
cara Sekular tiada kejayaan.
Cara Timur tiada kejayaan.
Cara Barat tiada kejayaan.
Cara Hindu tiada kejayaan,
cara Buddha tiada kejayaan.


Hanya dengan cara
nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat
kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan
Maha Berkuasa.

Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila
kita berjaya menyediakan diri kita untuk
MENGUCAPKAN KALIMAH
LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni
kita mati dengan membawa iman kepada
Allah s.w.t.
Iman tidak akan didapati dari cara selain
cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati
dengan CARA NABI S.A.W.
Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi
tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa
iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara
Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak
bawa iman.Cara Hindu tidak bawa
iman,cara Buddha tidak bawa iman.

Hanya
dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan
dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN
DAPAT KEJAYAAN.



Hari ini umat Islam sudah banyak
tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya
ramai umat lain selain umat Islam
mengamalkan sunnah nabi.

Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI
DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN
HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan.
             



Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-
Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda: Kebersihan itu
sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-
Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.
Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-
Hamdulillah kedua-duanya memenuhi
ruangan antara langit dan bumi.
Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu
adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-
Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah
ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu
pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang
memerdekakan dirinya dan ada pula yang
mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-
lmam Muslim)
Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari
bapanya,dari Rasulullah
s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci
yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha
Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha
Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha
Indah yang menyukai keindahan,kerana itu
bersihkanlah tempat-tempatmu”
(HR. Tirmizi)
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w
bersabda: “ sepuluh perkara dari
(peraturan-peraturan kebersihan) yang
dituntut oleh agama, iaitu: menggunting
misai, membiarkan janggut(tumbuh
panjang serta mengemaskannya), bersugi
(membersihkan gigi), menyedut air-
membersihkan hidung, memotong kuku,
membasuh buku-buku jari, mencabut bulu
ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan
beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang
rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara
yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak
lain dari berkumur-kumur..”



potong kuku




Betapa lengkapnya Islam sampai
membersihkan hidung pun jadi sunnah
nabi s.a.w.



Sebab itu siapa ikut sunnah nabi
s.a.w,secara automatik dia jadi pembersih.
Lihat negara-negara Barat tuan,mereka
amalkan sunnah nabi,jaga
kebersihan,mereka dapat kejayaan di
dunia.Lihat Jepun tuan,lihat Korea
tuan...tempat mereka bersih dan
kemas,maka mereka dapat kejayaan dunia
dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi
mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat
sekaligus kejayaan segala kejayaan. 







JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH
NABI S.A.W, KITA DAPAT KEJAYAAN
BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI
AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA

KEJAYAAN.


.
Sebab itu di dalam sunnah ada
kejayaan.Bersihkan pejabat,bersihkan
rumah.Kita akan lihat di dalam
sunnah ada kejayaan.










Nabi juga meminta kita bersugi
(membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi
s.a.w.
Dari Aisyah r.a.h . "Sesungguhnya Nabi
s.a.w. telah bersabda bersugi itu
membersihkan mulut dan mendapat redha
dari Tuhannya ".
( Riwayat Baihaqi )
"Dua rakaat sembahyang dengan bersugi
itu terlebih
baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat
sembahyang
dengan tidak bersugi".
( Riwayat Muslim )








Lihat tuan-tuan !Betapa sempurnanya Islam
sehinggakan orang yang bersugi mendapat
redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik
dari 70 puluh rakaat solat yang tidak
bersugi.Nabi ajak kita jadi individu
terhormat dan mulia.Islam ajak kita jadi
manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu
orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya
akan mendapat kejayaan.Hanyasanya orang
yang berjaya ialah orang yang meletakkan
dirinya dalam kemuliaan agama.
Adakah agama-agama lain mengajak
penganutnya bersugi atau membersihkan
hidung?Mari tuan-tuan kita ikut sunnah
nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah
ada kejayaan.







Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat
berjemaah.Dengan solat berjemaah,kita
dapat mengenali ahli kariah kita,jiran- jiran
dan saudara-saudara kita.Ini memupuk
kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat
Islam.







Islam bukan mengatur sistem
individualistik.Islam adalah agama
kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib
dan pendeta yang bersunyi diri.Islam
agama yang sosial dan komuniti.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada
lima hak bagi seorang muslim terhadap
saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab
salam, mendoakan kepada orang yang
bersin, menyahut undangan, menziarahi
orang sakit dan mengiringi jenazah.
5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka
tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak
bagi seorang muslim terhadap
saudaranya.Islam menganjurkan hidup
bermasyarakat.Bukan hidup terpencil
seorang diri.Inilah kesempurnaan hidup
beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan
mencapai kesempurnaan hidup,di dunia
dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan
dapat kejayaan.Sesungguhnya di dalam
sunnah ada kejayaan





Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya:
"Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?)
Kita tak payah jawab tuan,mulut kita
terkunci rapat.Yang jawab ialah amal
kita.

Nah!5 perkara tadi yang akan jawab
siapa saudara kita.
Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja
kejayaan dunia,malah kita akan dapat
kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan .
Jika kita contohi cara hidup nabi,kita akan
dapat banyak kejayaan di dunia,disamping
ganjaran pahala dari Allah Yang Maha
Pemurah.Contohnya makan ikut cara nabi
juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi
makan?Nabi makan dengan menggunakan
jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-
jemarinya:







Kaab bin Malik r.a bercerita,
"Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-
jemarinya (sehabis makan) tiga kali"
(diriwayatkan oleh Muhammad bin
Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari
Sufyan,dari Said bin Ibrahim,dari salah
seorang anak Kaab bin Malik,yang
bersumber dari bapanya)
Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa
kena ikut makan cara nabi s.a.w?









dialog


Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab
dengan berkata ini sunnah...ini
sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan.

*Jadi nak jawab bagaimana yang tuan
inginkan?

Hamba Allah:Saya mahu awak jawab dari
segi logik kenapa saya perlu ikut
sunnah.Contohnya makan dengan jari dan
lepas makan kena jilat jari.Eiii...ini sungguh
menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan
garpu.Ini lebih bertamadun.


*Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi
asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan
ikut cara nabi.Jangan risau tuan...selama
tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat
habuan di dunia malah ganjaran di
akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin
atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah
tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi
berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan
dengan garpu dan sudu,tak jadi
masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi
memang tiada masalah malah boleh selesai
masalah.


Hmba Allah:Saya tak nampak amal makan
cara nabi buat saya jadi mulia.Makan
dengan jari nampak kekampungan.Lepas itu
jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan
tidak bertamadun.


*Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat'
yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir
dahulu sebelum bercakap.Sesungguhnya di
dalam sunnah ada kejayaan.Pegang
perkataan ini sampai mati.
Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?
Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan
kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita
terdapat enzim yang bernama
interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-
fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang
digunakan dalam perawatan penyakit
Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari
kita juga terdapat asid amino dan protein
malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis
protein yang dipanggil kerotin,di mana
protein-protein ini bertindak sebagai
pemangkin kepada proses penguraian makanan.
dipanggil sebagai enzim.
Pemangkin dari protein ini
dipanggil sebagai enzim.
dalam mulut oleh enzim amilase dalam air
liur,ia telah mengalami pra-penguraian
dahulu ketika kita menggaulkan nasi
dengan tangan.Enzim yang terhasil di
antara kuku dan isi kuku kita juga
mempunyai kekuatan lebih dari enzim
amilase dalam air liur.Kesan daripada
enzim dan protein ini yang biasa kita
nampak ialah makanan cepat basi apabila
disentuh dengan tangan (bermakna kesan
dari proses penguraian makanan).




Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam
sunnah ada kejayaan.




*Tuan nak lagi?Boleh... contoh sebelum
makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita
ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah
akan beri ganjaran pahala sebab ikut
sunnah nabi.








Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar
pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak
nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa
kajian saintifik makan buah sebelum
makan.Biasanya makan buah selepas
makan sebagai pencuci mulut.Pelik.

*Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah
ketinggalan zaman dan bertabiat pelik
secara saintifiknya.Makan buah selepas
makan adalah amat tidak menyihatkan.




Hamba Allah:Apa? Tidak sihat?Ini budaya
dari Barat.Semua dari Barat adalah
betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum
yang bertamadun dan saintifik.Bukan
macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak
saintifik.


Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan
apabila tuan makan buah selepas makan
maka khasiat atau zat dari buah-buahan
tadi tidak dapat digunakan dengan
sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah
sentiasa memakan buah-buahan ketika
perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya
ialah buah-buahan terutamanya tidak
dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia
dihadam di dalam usus kecil,di mana ia
mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya
terdapat kanji,kentang ataupun daging di
dalam perut,buah-buahan akan
terperangkap dan mula menapai.Pernahkah
tuan memakan buah-buahan sebagai
pencuci mulut selepas makan besar dan
bersendawa dengan rasa tidak selesa
sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak
makan dengan cara yang betul.Tuan
SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN
KETIKA PERUT SEDANG KOSONG.




Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah
ada kejayaan.




Begitulah tuan-tuan ,di dalam sunnah ada
kejayaan.Ini baru bab makan dan
kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi
yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat
yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di
dunia.Allah s.w.t adalah pencipta manusia
maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik
untuk manusia.Bila kita amalkan sunnah
nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana
mungkin orang yang mengaku cintakan
nabi dan ikut ajarannya benci pada
janggutnya atau serbannya.Orang yang
menjadikan artis-artis sebagai idola pun
akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut
hingga ke hujung kaki.Kita mengaku Islam
dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi
kita mencemuh janggut nabi,jubah nabi
dan serban nabi.
Bila kita amalkan sunnah nabi dalam
kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan
hidup kita.Sebab Allah telah letakkan
asbab-asbab dunia sebagai keberkatan
kepada orang yang amalkan sunnah nabi
tadi.Dia amalkan makan cara nabi,Allah
mudahkan sistem penghadamannya.Dia
amalkan istinjak cara nabi,buang air kecil
cara nabi,buang air besar cara nabi nanti
Allah mudahkan sistem
perkumuhannya,luaskan saluran
perkumuhannya,tidak seperti orang yang
tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara
nabi,Allah tegakkan tulang
belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama
dia tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah
sudah WAJIBKAN macam solat
fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud ,duduk
dalam solat...semua itu ada sebab dari segi
kesihatan,dari segi biologi,kimia dan
fizik. 







JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN
SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT
KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA
MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN
SEGALA KEJAYAAN.



Oleh itu tuan-tuan ,marilah kita amalkan
sunnah nabi.Sebab apa tuan-tuan ?
SEBAB DI DALAM SUNNAH ADA
KEJAYAAN.







copied from a friend.he's a karkun. ;)






clink link bawah tok:


*adab makan dan minum
*memelihara masjid
*berwudhu cara Rasulullah salallahu alaihi wassalam


Friday, February 3, 2012

Family , Tabligh, Purdah , Politeknik , n Me



assalamualaikum.....

sejahtera lah org yang menghidupkan sunnah baginda saw...
apa khabar jasad dan iman you guys? ;)
semoga Allah merahmati kalian.
erm.  entry saya ni saya buat just nak share something dengan para pembaca.



FAMILY



oups. sebelum saya terlupa, saya nak gtau awal2, saya dibesarkan dalam keluarga yg ikut jemaah tabligh. 
abah( karkun 4 bulan),
 pakcik-pakcik( karkun 4 bulan n ade yg syura), 
nek aki(ayah kepada mak which is my atuk lahhh, pernah jadi syura Sibu n karkun 4 bulan. kira buzruq la), 
abang(karkun 40 hr, 21/2012, karkun on/off n smoga Allah hantar seseorang pergi khususi dia), 
adik lelaki(karkun 40 hari, 19 tahun/2012), 
adik lelaki ( 8 tahun/2012, ya Allah jazbah giler, dia penah cakap kat saya, "kak umi, zaid nak keluar 4 bulan, zaid nak pakai beg apa eh? zaid dah tulis azam 4bulan ipb dalam buku tashkil" tergelak gak dengar, tapi bgus la kecik2 dah cmni, semoga Allah kekalkan dia dalam usaha ni.. and paling best dia dah ade pengalaman keluar 40hari ikut abah..subhanallah..)

adik lelaki ( 3 tahun, inshaAllah akan datang biiznillah)..

Muhammad Salman Pauji



mak (ahlia karkun,haha , anak nek aki -.-)
makcik2( ahlia pakcik2)
adik beradik pmpn ( slalu ikut pergi taklim mingguan masturat n kalau saya nusrah jemaah, saya ajak diaorang ikut skali)

jujur nya, saya nak sangat klua masturat nak sambut takaza kluar masturat, tapi Allah belum pilih lagi. mana tak nya, nak ikut abah, tapi abah kerja offshore, balik2 dia sibuk dgn jemaah. tggu kawen je lah ni. semoga Allah bagi yg ikut usaha.
 doakan saya ye.





KEHIDUPAN DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK


oh btw, saya ni org miri sejati.(ye ke? jalan kat miri pun tak hafal lagi) hehe.

ni kisah saya, politeknik kuching sarawak dan sahabat2 saya di sana.

jap, saya nak perkenalkan seorang sahabat rapat rapat rapat rapat saya, Safura. *i love her so much*
oke. 
sebelum saya mendaftar dipoli untuk kemasukan sesi jun 2010, (sekarang semester 4 n tgh prctical d airport miri sarawak), saya bukan lah seperti diri saya skrg ni.
saya seorang yang berpakaian seperti kebanyakkan perempuan lain (perkataan perempuan, itu lah saya dulu)
saya tak guna tudung labuh ( walaupun mak dah bekalkan saya dgn tudung labuh sbelum masuk poli, saya tak guna pun. )
this is me.
tapi alhamdulillah, Allah bagi faham, Allah buka mata saya, Allah bagi hidayah. 
dan skrg ni,
skali lagi, alhamdulillah, saya bnyak melibatkan diri dengan usaha ni. taklim masturat, nusrah jemaah.
alhamdulillah.
skrg dah lebih dari setahun saya mmbiasakan diri dengan purdah, jubah.



SEMESTER 2


saya masa tu terlibat dengan organisasi islam,hehe. ikut usrah dan aktiviti2 dieorang. 
saya  duduk dalam "Lujnah Tarbiyyah dan Kepimpinan". 
dan saya pernah jadi ketua naqibah. haha.
saya ingat lagi, masa saya bagi usrah ngn anak2 usrah, saya bnyak cakap tentang 6 sifat sahabat, pasal 6 pesanan kepada wanita, saya suruh diaorang pergi cakap sorg2 (kira muzakarah la).
dan saya cakap benda yg sama je tiap kali usrah.hehe. 
klua dari tajuk yg ustaz bagi kot,huhu.

ade seorang sahabat ( dia terlibat dengan islamic organisasi kat tmpat saya blaja), dia tya, " awak rasa jemaah tabligh tu syumul ke?" mak aiiii soalan diaaaaaa~


saya pun jawab la balik " ya, kenapa? "

dia ckp " kan jemaah tabligh menolak politik? politik kan sunnah, mana boleh kita tinggal politik tu, maksud nya kita tolak sunnah la tu".

saya ckp balik kat dia "jemaah tabligh mngamal politik la, tapi bukan sistem politik demokrasi, bukan sistem politik yahudi, bukan sistem politik yg ada parti2. memang la sunnah, tapi politik sekarang ni jauh mnyimpang dari sunnah. awak kenali betul2 apa itu jemaah tabligh, 3 hari inshaAllah".
then dia wordless speechless --'

erm, saya plek la. diarg ni ade2 je kan. sikit2 kutuk jemaah. jemaah tak salah lahhhhhhhh. semua pun ada satu tujuan kan? nak bawa org kenal dgn Allah. haihhh. betul lah tu. cuma beza nya manhaj dan fikrah je.


hujung semester 2 tu saya decide nak klua dari organisasi tu. atas  bnyak sebab lah. bukan nya saya ckp jemaah tu tak elok. suma pun elok. its just that saya lebih berminat dengan jemaah tabligh.
dieorang ade gak yang pujuk saya, ade jgak yg tak suka dengan saya,hehe. tapi biarlah org nak cakap ape kan, saya slesa dgn jemaah yg saya ikut skrg ni.



SEMESTER 3


semester 3,hehe. tak sangka dah semester 3, tinggal 3 semester lagi, pastu graduate inshaAllah.

masa ni lah saya nak hidupkan taklim masturat d poli. saya buat taklim malam ahad kat surau asrama prmpuan, sbb masa tu bnyak org dah balik kan. 
saya tak ambik bnyak masa, saya just ambik  kurang dari sejam je untuk fadhilat majlis, taklim n muzakarah 6 sifat n adab2. tak lama pun. paling byk yg pernah duduk, 7 org, termasuk my bestfren. 
alhamdulillah ade jgak yg duduk walaupun tak banyak.
tapi makin ari makin sikit. last2 tinggal saya ngn besfren saya je. hehe. 
seronok jgak muzakarah 6 sifat ngn dia.

6 SIFAT SAHABAT



SAHABAT USRAH 


erm, i admire her a lot. she's got everything. akhlak nya, subhanallah cantek. guna tdung labuh jgak, dengan t-shirt muslimah yg melepasi punggung.. 


Allahu Rabbi.. dia ni one of the islamic organisation's members yg saya gtau awal tadi tu.
one day, Allah takdirkan saya jumpa ngn dia.
kinda exciting,hehe. maklum la, saya kan suka sgt tgk dia. lemah lembut n sopan.
she's a role model im telling you guys..
oke. we have a short chitchat. and by sudden dia ajak ikut usrah, n cakap, lama dah tak tgk umi ikut usrah, jom la turun usrah, weeeeee~ haha.
then i said "yes!!!! this is it. this is my chance, one n only chance to introduce diorang dgn jemaah masturat nie,hehe.." (tapi cakap lam aty je lah,haha)
saya setuju nak ikut, ye la, nak ikram dieorang kan.

(ergh panjang kot crita saya ni kan, haha)

saya pun pergi la, lalala~

oke masa usrah tu, saya ambik peluang yg ade utk ckp pasal jemaah masturat, pe taklim, ape tu nusrah jemaah, ape tu PURDAH (dieorang tau la ofcors ape purdah tu, saje je nak ckp ahaks)

ade lah sorg kakak usrah ni cakap " pakai purdah ni buat org lelaki lebih tertarik ade lah, lebih2 lagi mata tu. pastu nak dakwah org pun org takut ngn kita, susah lah"

Allahu Rabbi.. semoga Allah bagi mereka ni faham..

saya jawab la (geram sgt), "sapa cakap? tau tak purdah ni pakaian isteri nabi, purdah ni sunnah, pasal pe plak susah nak dakwah? para sahabiah zaman nabi S.A.W dulu oke je. takde masalah pun. lelaki tertarik dgn mata org berpurdah? kalau mcm tu guna la burka, kasi tutup suma" :)

kakak tu mmg taknak mngalah, dia cakap "tu zaman dulu, ni zaman skrg, plek la kalau org tgk."

then saya jawab balik, " zaman skrg ni, sunnah mmg org pandang plek, kalau pakai sexy takde plak org cakap plek kan, tu la yg biasa. kalau tgk pmpn guna prdah siap ckp mcm ninja la, hantu lah. tapi tu lah yg terbaik. kalau org benci agama, benci sunnah memang lah taknak dekat ngn kita. inshaAllah, kalau org yg hati nya penuh dgn cinta Allah, cinta sunnah, diaorg boleh terima n memang nak n tringin pun dekat ngn org berpurdah ni. lagipun, ni lah pakaian islam. kita islam kan. kita kena tahu, bila wajah kita ni cantek sgt,  n boleh mnimbulkan syahwat lelaki, elok la pakai purdah, bukan nak cakap saya ni cantek. tapi tu la sebaik nya, berusaha mngelakkan fitnah.."..

 heheh..berusaha zihin dieorang,sabar umiiiii..

pastu kakak tu cakap, " betol cakap umi kan."

saya pun jawab dalam hati "aik tu je ke nak ckp?"
,huhu.



PRACTICAL(dis 2011-present)



erm, alhamdulillah, semester 4 dahh!  yabedabedu~!

saya mmbranikan diri untuk practical guna purdah. saya tahu risiko nya, kalau guna purdah, takut firma takleh trima, tapi alhamdulillah oke je! hihi..

setakat ni, ada sorang je pekerja dari MAS tak suka saya. dia bukan islam. 
dia seorang yg ckup mnggeramkan saya.haha
tiap2 kali dia terserempak ngn saya, mesti dia buat muka mnyampah, haih.

dia pernah cakap kat saya, "why are you wearing face veil? you dont have to wear it. you scared peoples. this is not saudi arabia nor UAE. mcm penyamun sudah. aiyyaa!"

saya takleh cakap apa2, saya diam je. (kempang da jak ati madah cmia koh, piluk aty tok..*bahasa sarawak masuk*)
saya senyum je la, walaupun dia tak nmpak senyuman saya yg menawan nih. haha. 

jujur ny, saya betul2 kecik aty, rasa mcm nak ngis gak kat situ. tapi Allah tuntut supaya hamba nya bersabar, baru sikit, kalau zaman Rasulullah lagi teruk.
sedih nya org cakap mcm tu..
sampai ati cakap pakaian ummahatul mukminin mcm tu.
sedih sedih sedih sgt99x.
tapi nak buat cmana kan, doa hidayah je kat dia.


oke la, sampai sini je. penat kot taip ni. sakit dah bahu. 
oh lupa nak gtau, inshaAllah bulan 5 ni ada ijtimak srwk, tapi tarik belum tentu lagi.
tggu karkuzari dari sahabat2.
inshaAllah.

semoga Allah taala kekal kan saya dalam usaha ni sampai saya mati. 
Allahumma Amin~



Cantik wanita bukan pada rupa dan pakaian. Tetapi, sejauh mana dia dapat mentaati perintah Allah swt, ikut sunnah rasulullah s.a.w, patuhi pesan abah & mak dan pandai membezakan perkara yang hak dan batil.

<3

saya sayang anda semua kerana Allah.<3


by: umikalthumpauji