Bila dikatakan “merisik anak karkun”, maka ianya merujuk kepada anak kepada orang tabligh.. mungkin juga ada kriteria yang ingin diketahui bagaimana nak merisik atau lebih tepat lagi untuk mengetahui apakah kriteria untuk menjadi menantu kepada karkun ini..
Sepanjang pengalaman dengan karkun2 ini, kebanyakan mereka mengimpikan agar anak2 perempuan mereka akan bernikah dengan karkun juga.. maka itu, jika ada lelaki yang berminat untuk menikahi anak mereka, maka ramai yang mengenakan syarat agar lelaki itu perlu keluar berdakwah (khuruj) di jalan Allah.. iaitu keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.. selepas itu, baru melepasi kriteria yang disyaratkan..
Tapi itu karkun2 dulu la (karkun lama – buzruq).. karkun2 sekarang (kontemporari) kebanyakannya tak kisah sangat.. mungkin sebab kurang korban (diri, masa dan harta)..
Bukanlah tujuan nak suruh keluar itu sebagai syarat2 untuk penilaian / pemeriksaan ketahanan dsb (mcm org dulu2 bertapa utk menguji ketahanan), sebaliknya untuk mewujudkan sekufu (sepadan) dari sudut pemikiran dan manhaj (metodologi dakwah).. Agak mudah jika mertua dan menantu sama2 berganding bahu dalam kerja dakwah.. sewaktu menantu keluar berdakwah, mertua boleh tolong tengok2kan isteri dan anak2.. kalau mertua plak keluar berdakwah, menantu boleh membantu tengok adik ipar dan mak mertua..
Kalau tak sama pemikiran, maka banyak timbul fitnah.. menantu akan mempertikaikan tindakan bapa mertua yang meninggalkan keluarga untuk berdakwah, mertua plak pertikai menantu yang tak support usaha dakwah.. akhirnya, asal pernikahan itu dapat merapatkan perhubungan, lain plak jadinya (hubungan semakin renggang).
Dan para karkun ini juga sangat sukakan pemuda2 karkun yg berkelulusan agama (al-hafiz ke, muallim ke).. Ini berdasarkan pengalaman sendiri.. oleh kerana karkun ini ramai yg bukan berkelulusan agama, maka bila dah ada kesedaran agama (hasil usaha dakwah), maka beliau nak la agar menantunya itu alim dalam bidang agama.. senang beliau nak tumpang belajar..
Apapun, yang paling penting adalah kena pandai mengambil hati bakal mertua.. bila hati dah terpikat dan tertarik dengan akhlak kita, maka ketika itu tak kira dah karkun ke, kartun ke.. insyaAllah akan diterima sebagai menantu dengan senang hatinya
p/s: abahh, peace no war,hehehe :p
p/s: abahh, peace no war,hehehe :p